Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan

Rabu, 03 September 2014

Lukisan Mona Lisa Dikirim ke Bulan


Lukisan Mona Lisa dikirim ke Bulan. Bukan lukisan sebenarnya, namun lukisan digital Mona Lisa dalam bentuk pecahan-pecahan data. Lukisan dikirim ke wahana antariksa yang mengorbit Bulan, Lunar Reconaissance Orbiter (LRO).

Lukisan karya Leonardo da Vinci tersebut dikirim lewat sinar laser dari stasiun Next Generation Satellite Laser Ranging di Goddard Space Flight Center, Badan Penerbangan dan Antariksa Nasional Amerika Serikat (NASA), Maryland. 

"Ini pertama kalinya manusia mampu melakukan komunikasi satu arah ke luar angkasa dengan laser. Di masa depan, komunikasi laser ini bisa menjadi alternatif komunikasi radio. Jauh lagi ke depan, dimungkinkan komunikasi laser dengan kecepatan lebih tinggi daripada komunikasi radio saat ini," kata David Smith, peneliti yang terlibat proyek LRO, seperti dikutip Space, Kamis (17/1/2013).

Dalam ujicoba pengiriman dengan laser kali ini, LRO dipilih karena telah dilengkapi peralatan penerima laser. Kebanyakan wahana antariksa yang mengeksplorasi Tata Surya saat ini hanya punya peralatan penerima gelombang radio.

Untuk mengirim, NASA memecah lukisan digital Mona Lisa menjadi pecahan data berukuran 150 x 200 piksel. Data kemudian dikirim satu per satu dengan kecepatan 300 bit per detik, masih sangat lambat. 

Setelah diterima wahana antariksa, pecahan data digabungkan dan distorsi dikoreksi. Hasil rekonstruksi pecahan data dikirim lagi lewat gelombang radio ke Bumi. Dengan demikian, peneliti NASA bisa memastikan keberhasilan percobaan.

Keberhasilan ini bakal melandasi teknologi wahana antariksa pengorbit Bulan di masa depan. Richard Vondrak, peneliti proyek LRO lainnya, teknologi pengiriman lewat laser lebih baik akan dimiliki misi ke Bulan berikutnya, Lunar Atmosphere and Dust Environmental Explorer. Misi bertujuan memetakan lingkungan dan atmosfer Bulan itu akan segera diluncurkan. 




Sumber

Kamis, 28 Agustus 2014

Joe Hart Optimis Inggris Lolos ke Piala Dunia 2014

Penjaga gawang timnas InggrisJoe Hart berusaha menepis anggapan, yang menyebut bahwa peluang The Three Lions untuk lolos ke Piala Dunia 2014 kian tipis.


Joe Hart Optimis Inggris Lolos ke Piala Dunia 2014

Hal itu diungkapkan kiper Manchester City, usai Inggris gagal mengambil alih posisi Montenegro di puncak klasemen. Kendati sempat unggul melalui Wayne Rooney, tuan rumah akhirnya mampu memanfaatkan kelengahan dan mencetak gol balasan.

Skenario serupa juga pernah terjadi, ketika skuad Roy Hodgsonmenyambangi Polandia pada Oktober 2012 silam. Akan tetapi, hal itu tidak membuat Hart pesimis, dan mengaku bakal mengoptimalkan seluruh laga kandang yang tersisa.

"Orang-orang bertanya mengenai hasil menghadapi Polandia dan Montenegro, namun keduanya merupakan tempat yang sulit ditaklukkan. Semoga kami bisa mendapat hal baik dari laga kemarin," tutur pemain 25 tahun itu.

"Lolos ke Piala Dunia merupakan hal yang cukup berat, dan anda seperti merelakannya begitu saja. Namun kami adalah Inggris, di mana harapan kami adalah lolos ke Piala Dunia. Kami menargetkan kemenangan di seluruh laga kandang." (bola.net)

Kamis, 13 Maret 2014

Lagi Gadis Malaysia dilarikan ke Indonesia



Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman
KAMPUNG GAJAH - Misteri kehilangan seorang remaja perempuan, Norshahirah Zaman Huri, 17, sejak 10 hari lalu terjawab apabila mangsa dikesan hampir berkahwin dengan seorang pemuda dari Pulau Batam, Indonesia, tetapi dihalang jurunikah di negara itu.

Difahamkan, jurunikah yang juga ketua masyarakat pulau berkenaan menghalang pernikahan itu selepas mendapati mangsa rakyat Malaysia dan di bawah umur untuk berkahwin.

Susulan itu, jurunikah terbabit menahan Norshahirah dan menyerahkan teman lelakinya dikenali sebagai Patah kepada pihak berkuasa republik itu kerana disyaki menculik mangsa.

Mangsa dijaga rapi jurunikah terbabit sebelum ibu bapa mangsa yang tinggal di Kampung Jawa, di sini, dihubungi memaklumkan penemuan anak gadis mereka, Rabu lalu.

Susulan itu, Norshahirah dihantar pulang ke Jeti Larkin, Johor jam 8 pagi semalam sebelum disambut bapanya, Zaman Huri Tan, 51, ibu, Maria Mohd Noh, 49, dan Ketua Kampung Jawa, Zara’ai Nekmat, 64.

Mangsa yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibawa pulang ke rumahnya di sini, jam 6 petang semalam sebelum diambil keterangan oleh polis.

Sementara itu, Norshahirah yang ditemui masih trauma dan terpinga-pinga ketika disambut ahli keluarga yang merindui kepulangannya.

Remaja itu masih sugul dan keberatan menjawab soalan mengenai kisahnya apabila ditanya media selain hanya mengangguk lesu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, kejayaan membawa pulang remaja terbabit tinjauan kerjasama jurunikah dikenali sebagai ‘Pak Lurah’ yang enggan menikahkan pasangan itu.

Katanya, jurunikah berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa negara berkenaan dan menjaga remaja itu sehingga dihantar ke Malaysia.

“Kami menganggap kejayaan membawa pulang remaja ini sebagai satu keajaiban kerana dilakukan menerusi budi bicara. Sebelum ini, kami cuba menjejakinya termasuk menerusi bantuan Interpol, tetapi gagal mengesannya,” katanya di sini, semalam.

Remaja itu tidak pulang ke rumah selepas dibawa lelaki dikenali sebagai Patah sebaik keluar ke bandar Teluk Intan untuk bertemu seorang rakan pada 20 Oktober lalu.

Sementara itu, Zaman Huri berkata, anaknya membayangkan kemungkinan tidak mengambil peperiksaan SPM yang kurang seminggu.

“Alhamdulillah, dia berada dalam keadaan baik dan kesihatannya pun tiada masalah, hanya kelihatan letih mungkin kerana terpaksa mengharungi perjalanan panjang,” katanya.

Senin, 03 Maret 2014

Pistol Revolver Semi Auto PALING POPULAR Diseludup Ke Malaysia


Menurut risikan polis, dua pistol jenis itu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran gelap selain harganya murah dan sukar dikesan apabila bahagian senjata tersebut dilerai dan disembunyi dalam kenderaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah beberapa kali menggagalkan cubaan menyeludup senjata api terutama daripada dua jenis tersebut apabila ia disembunyikan di bahagian kenderaan yang telah diubah suai.

“PDRM terima maklumat risikan dan periksa beberapa kenderaan yang disyaki cuba menyeludup senjata tersebut dan memang tepat maklumat risikan kita apabila pistol-pistol itu telah dilerai dan disembunyikan bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama.

Justeru, mengambil kira peningkatan penyeludupan senjata api sejak kebelakangan ini, PDRM telah mengambil langkah proaktif dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dengan bertukar maklumat risikan terutama di kawasan sempadan.

Beliau berkata PDRM turut menggunakan platform Persidangan Ketua-ketua Polis Asean yang bersidang setiap tahun bagi membincangkan perkara tersebut serta menanganinya secara berkesan melalui sudut risikan dan operasi.

Mazlan berkata peningkatan penyeludupan senjata api yang dipercayai banyak didalangi pihak kongsi gelap perlu dibanteras secara habis-habisan melalui gerakan dan perancangan yang diatur PDRM.

Katanya menurut statistik, sejak tahun 2011 hingga Sept 2013 terdapat peningkatan dari segi rampasan dan tangkapan senjata api yang berjaya ditumpaskan PDRM.

“Pada 2011 PDRM merampas 160 senjata api pelbagai jenis dan menahan 121 orang, manakala pada 2012 PDRM merampas 199 senjata api dan menahan 163 orang dan sehingga September tahun ini polis berjaya rampas 214 senjata api dan menahan 216 orang,” katanya sambil menambah peningkatan rampasan dan tangkapan pada tahun ini didorong dengan kejayaan Operasi Cantas Khas.

Beliau berkata peningkatan penyeludupan senjata api terutamanya pistol jenis semiautomatik menunjukkan peningkatan yang paling tinggi, iaitu daripada 2011, sebanyak 62 pistol jenis itu dirampas di dalam negara, pada 2012 sebanyak 72 pucuk dirampas dan pada tahun ini sehingga September, sebanyak 78 pucuk pistol jenis itu dirampas.

Menurut statistik Polis Bukit Aman, rampasan kedua tertinggi ialah senjata api jenis revolver iaitu sebanyak 24 pucuk dirampas pada 2011, 72 pucuk dirampas pada tahun lepas dan sehingga September tahun ini, sebanyak 23 pucuk senjata itu dirampas.

Statistik itu melaporkan, sebanyak 16 pucuk senapang patah dirampas pada 2011, 15 pucuk dirampas pada 2012 dan lima pucuk senjata itu dirampas sehingga September tahun ini.

Selain itu sebanyak tujuh bom tangan dirampas pada 2011, sebutir dirampas pada 2012 dan tujuh butir dirampas sehingga September tahun ini.

Mazlan berkata antara faktor penyumbang kepada peningkatan penyeludupan senjata api ke dalam negara ialah aktiviti penyeludupan dadah, pertumbuhan kumpulan kongsi gelap dan peningkatan kegiatan maksiat dan perjudian.

Mengulas lanjut mengenai kaedah penyeludupan, katanya pihak polis dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) mengesan beberapa kaedah iaitu menyeludup senjata melalui bas ekspres dengan menyorokkannya di dalam beg, mengubah suai kenderaan dengan menyediakan tempat simpanan rahsia dan menyorokkan senjata dileraikan di dalam bekas simpanan bahan makanan seperti beras, sayuran dan buah-buahan.

Beliau memberikan amaran kepada mereka yang melanggar peraturan lesen senjata api boleh didakwa di bawah Seksyen 8 (b) Akta Senjata 1960.

Sementara orang yang didapati memiliki senjata api tanpa lesen boleh didakwa di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan boleh di penjara tidak lebih tujuh tahun penjara atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, katanya.

Beliau berkata mereka yang disyaki menyeludup senjata api atau seseorang didapati memiliki lebih dari dua pucuk senjata api pada satu-satu ketika boleh didakwa di bawah Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

“Jika didapati bersalah di bawah Seksyen berkenaan, pesalah akan menerima hukuman mati atau penjara seumur hayat,” katanya.

Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim mencadangkan kerajaan perlu membekalkan kelengkapan logistik yang canggih kepada PDRM terutama teknologi pengimbas kenderaan terkini yang telah digunakan di negara barat yang kelengkapan itu mampu mengimbas senjata api mahupun dadah yang disembunyikan di bahagian kenderaan walaupun ia telah diubah suai.

Katanya walaupun mesin pengimbas berkenaan mahal namun ia perlu dimiliki PDRM mahupun pihak berkuasa yang lain agar masalah penyeludupan dapat dibanteras habis-habisan terutama membabitkan senjata api dan dadah. – BERNAMA

Rabu, 12 Februari 2014

PM Ketuai Delegasi M’sia Ke Sidang Kemuncak Apec


NUSA DUA (Bali) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat pemimpin ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-20 di Indonesia, pada 7 dan 8 Okt.

Seramai 15 pemimpin dan enam wakil khas negara-negara anggota difahamkan akan hadir, termasuk Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengesahkan tidak hadir dan menamakan Setiausaha Negara US, John Kerry sebagai wakil beliau pada sidang kemuncak APEC itu.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin berkata ketidakhadiran Obama tidak akan menjejaskan perjalanan sidang kemuncak ini, cuma beberapa pertemuan dengan pemimpin ekonomi negara lain yang sepatutnya diadakan, terpaksa dibatalkan.

“Sidang kemuncak Apec lazimnya melibatkan para pemimpin ekonomi, termasuk Obama. Walaupun dia tidak hadir, wakilnya ada.

“Oleh itu, segala keputusan mesyuarat yang akan dibuat merangkumi seluruh wakil dari ekonomi yang ada, termasuk suara kerajaan US,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada sidang kemuncak Apec ini juga, Najib dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Australia dan New Zealand.

Difahamkan Najib juga dijadual bertemu Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.

Sidang kemuncak APEC kali ini yang bertemakan ‘Ke arah Daya Tahan Asia Pasifik, Enjin Pertumbuhan Global’ bermula dengan Mesyuarat para pegawai kanan pada Selasa dan Rabu lepas, diikuti Mesyuarat Peringkat Menteri semalam dan hari ini serta sidang kemuncak ketua ekonomi pada Isnin dan Selasa ini. – BERNAMA

Rabu, 01 Januari 2014

Artis ke Sungai Limau bantu kempen BN Apa macam

Malaysiakini Okt 31 2013

Malaysiakini sempat singgah ke sebuah rumah di Batu 18 yang menjadi tempat persinggahan seniwati Norlia Ghani, pelawak Abon, penyanyi Hail Amir, serta pelakon Aznah Hamid yang turun berkempen untuk BN.

Norlia Ghani yang popular memeran watak Joyah dalam siri Opah tidak lama dahulu bertindak sebagai jurucakap artis ini menjelaskan  program mereka ini dinamakan Ziarah Syukur.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua program ini diadakan selepas pilihan raya umum lalu.

"Kalau boleh kita nak semua rakyat faham yang mana satu yang kita nak pilih sebab kita ada hak untuk mengundi dan memilih.

"Kalau kita pilih salah, susahlah kita nanti," katanya yang memakai baju-T berwarna pink dengan tulisan "Pilihlah BN".

Menurutnya lagi, di sebelah pagi mereka telah berkunjung pasar untuk berkempen dan di sebelah petang nanti mereka akan bersama orang ramai dalam acara sukan bendang seperti menangkap itik, menangkap ikan keli serta berlari dalam bendang.

Selain beliau, artis-artis lain yang turun berkempen adalah pelawak AR Badol, Abon, Aznah Hamid, Nadia AF, serta Datuk Mustapha Maarof.
Ziarah ini kata Norlia lagi, dilakukan dengan sokongan Anggota Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.