November 12, 2012
Sudah diketahui oleh ramai orang bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan. Bahan yang ada di dalam rokok boleh mengganggu kesihatan anda. Apabila dihisap, bahan-bahan toksik dan karsinogen mengalir masuk ke dalam tubuh dan menjejaskan tekanan darah, denyutan jantung, sehingga kesihatan organ lain.

Hemoglobin atau protein darah babi ternyata digunakan untuk membuat penapis rokok agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk ke paru-paru perokok. Fakta mengejutkan tersebut didedahkan oleh penyelidik dari Eindhoven, Belanda, Christien Meindertsma dan disokong oleh Profesor Kesihatan Awam dari University of Sydney iaitu Simon Chapman.
Dipetik News.cnet.com, Prof Chapman mengatakan bahawa kajian ini memberitahu dunia mengenai rahsia pembuatan rokok dan untuk meningkatkan kesedaran terhadap umat Islam dan Yahudi. Darah babi tentunya sangat diharamkan bagi penganut kedua-dua agama tersebut.
Prof Chapman mengatakan bahawa industri rokok dunia memang kerap merahsiakan bahan-bahan yang mereka gunakan. Tapi, sekurang-kurangnya satu jenama rokok yang dijual di Greece telah dikukuhkan menggunakan hemoglobin babi dalam proses pembuatannya, tanpa diketahui para pengguna. Malangnya, tidak disebutkan jenama rokok tersebut.
P/S: Buat perokok-perokok diluar sana jika tak mampu nak berhenti dari melawan ketagihan merokok gua cadangkan hisap jer rokok lenteng… dijamin selamat dan piauuu.

0 komentar:
Posting Komentar